PENYAKIT STRESS.

MERAWAT MASALAH PENYAKIT STRESS.

Banyak yang bertanya mengapa saya banyak menyepi daripada membuat posting di dalam muka buku ini?

"Kalau boleh Ustaz pos le satu atau dua petua di dalam muka buku ini berkenaan masalah stress kerana di musim PKP ini ramai orang mengalami masalah ini".

Terlebih dahulu saya memohon maaf di bulan yang mulia ini saya banyak menghabiskan masa di pondok dan pada malamnya lebih kepada Maha Pencipta.

In Sha Allah pada pagi ini tergerak hati saya membaca WhatsApp dan ramai bertanyakan petua serta amalan untuk menghilangkan masalah stress.

Untuk pengatahuan semua mengikut kaedah orang-orang tua dahulu sekiranya orang yang mengalami masalah ini, mereka akan mengambil tujuh kuntum Bunga Kancing Baju dan direndam ke dalam air panas yang di perbuatkan seperti teh kemudian mereka akan meminumnya kerana khasiatnya dapat menenangkan fikiran serta memberi tenaga kepada sarat dan juga otot, ia juga membantu menghilangkan keletihan serta memulihkan denyutan nadi menjadi sempurna.

Kepada mereka yang kerap mengalami masalah stress boleh mencuba kaedah ini amalkan dua kali sehari.

Credit: Ust. Md Rosdi Hasan

Comments