PETUA TERSESAT DI DALAM HUTAN

PETUA ORANG TUA DULU KALA KALAU TERSESAT DI DALAM HUTAN

Bukan nak cakap besar. Saya ini yang boleh dikatakan mahir juga bermain didalam hutan sudah melalui bagai mana rasanya tersesat di dalam hutan, padahal sudah sering kali hutan itu saya masuki.

Jadi hari ini saya nak ajar petua orang dahulu kala bagai mana caranya nak mengeluarkan diri dari pagar sesat didalam hutan. Tersesat didalam hutan kerana mata kita menjadi keliru jalan mana yang telah kita lalui padahal sudah berkali-kali berputar tempat yang sama. Ini ialah kerana penunggu didalam hutan telah mengaburi mata kita.

Jadi cara orang tua-tua dahulu untuk meghalau penunggu yang cuba mengaburi mata kita ialah dengan cara mereka mencari Tahi Cacing Tanah dengan petuanya meludah tahi cacing tanah itu sambil mengambilnya dengan kaki kiri dan menyapukan di kedua mata dengan ibu jari kaki dengan membaca ayatul kursi, In Sha Allah makhluk halus Itu akan segera berlalu pergi kerana tahi cacing adalah sumpahannya.

Credit: Md Rosdi Hasan

Comments