4 UNSUR DALAM TUBUH MANUSIA

EMPAT UNSUR ADA DALAM TUBUH MANUSIA PEKARA PERTAMA YANG MESTI DIPELAJARI.

Didalam tulisan kali ini akan saya membahas empat unsur yang ada pada tubuh manusia. Kerana ia akan menjadi pelengkap dalam tubuh manusia, apabila kurang kurang salah satu daripadanya, maka tiadalah jadi sempurna kejadian manusia.

a. Amarah atau marah itu adalah unsurnya api.
b. Suka meracau dan merapu unsurnya angin.
c. Cita-cita unsurnya air.
d. Sabar unsurnya daripada bumi.

Jadi untuk menyelidiki lebih lanjut agar ia dapat dibuktikan secara objektif kepada manusia, haruslah kita melihat empat perkara yang ada pada tubuh manusia itu:-

1. Telinga dari unsur api.
2. Mata dari unsur air.
3. Hidung dari unsur angin.
4. Mulut dari unsur tanah.

Yang pertama mari kita lihat untuk telinga daripada unsur api, kerana manusia akan mudah tersinggung perasaannya, jikalau ia dicela dan di maki atau sindiran, manusia akan lekas menjadi marah jika sindiran dan hasutan dengan kata-kata yang menyakiti hatinya.

Sebaliknya orang menjadi lembut hatinya dan kurang amarahnya, jikalau mereka mendengar kata-kata yang baik dan sopan serta kata-kata rendah diri kerana ia bersikap api akan terpadam bila disiram dengan air.

Yang keduanya mata berunsurkan air, sesungguhnya air adalah sifatnya adil, air selalunya manusia akan menjadikan ia sebagai pengukur atau ukuran, misal contohnya tukang kayu atau atau tukang bata untuk mendirikan sebuah rumah selalunya menggunakan waterpas untuk menentukan ukuran samada mendatar atau mengiring.

Kerana itulah dengan melihat sinar mata seseorang itu dapat kita mengatahui samada orang itu membenci atau menyukai kita.

Sesuatu pergaduhan atau laporan tidak dapat dibuktikan begitu sahaja jikalau belum dapat dibuktikan dilihat dengan mata, jadi mengapa perlu disaksikan dengan mata?

Kerana mata itu unsur air.

Yang ketiga hidung berunsurkan angin, sesungguhnya hidung adalah alat sebagai pencium, alat ini sebagai pertunjuk adanya bau-bauan, dengan adanya hidung manusia akan mengatahui adanya bau wangi, bau busuk, bau hancing, bau hanyir dan sebagainya.

Udara adalah sebahagian daripada angin yang tidak bergerak, dan udara dapat menyebarkan bau-bauan, kemudian akan di hidu oleh hidung kerana bergerak udara disebabkan angin, oleh kerana demikianlah hidung itu unsurnya angin.

Yang keempat ialah mulut unsurnya tanah, mengapa mulut unsurnya tanah?

Mulut adalah sifatnya sama dengan tanah, kerana ia selalu menerima apa sahaja yang datang kepadanya dan tidak akan ditolaknya.

Cuba kita perhatikan taip-tiap mahluk yang mati seperti manusia, binatang, daun-daunan kayu - kayan, batu - bata bila jatuh ke tanah akan terpendam kedalam tanah dan akan diterima oleh tanah untuk lama - selamanya menjadi tanah.

Demikianlah sifat mulut, bila buka mata sahaja daripada pagi sampai ke malam, sehingga mahu masuk tidur berapa banyak benda yang telah masuk ke mulutnya, inilah yang membuktikan bahawa mulut itu unsurnya adalah tanah.

Itulah empat unsur tadi yang menjadikan bahan pelengkap bagi tubuh manusia.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa tanah itu ialah tempat bercucuk tanam, kalau kita menanam padi pastinya tumbuhnya padi tetapi jikalau tidak dijaga pasti akan di tumbuhnya lalang, demikian juga pula mulut manusia jikalau digunakan untuk menyebarkan kebaikan pasti kebaikan akan tumbuh pada penghujungnya.

Demikianlah keterangan empat unsur sebagai bahan pelengkap diri manusia daripada unsur yang empat itu.

Credit: Ust. Md Rosdi Hasan

Comments