ILMU GERAK RASA TUBUH

ILMU GERAK RASA TUBUH YANG DI PAKAI OLEH ORANG TUA-TUA

Hari ini saya ingin berkongsi menceritakan petua ilmu gerak rasa tubuh yang pernah di amalkan oleh orang-orang tua-tua dahulu. Sekarang ini ilmu gerak rasa ini tidak lagi amalkan kerana ia di anggap kolot, tetapi pada hakikatnya ilmu inilah yang selalu di pegang oleh orang tua-tua dahulu.

1. Kedua-dua bibir - Bertemu kekasih,makan minum
2 Lidah - Beroleh harta,makan minum tetapi selalu berkelahi
3. Seluruh hidung - Akan beroleh harta
4. Ubun-ubun - Bahagia, akan jadi menteri,raja,dapat harta banyak harta dan orang kasih.
5. Sekeliling leher - Lepas dari bahaya.
6. Dalam lelangit - Huru-hara tapi tidak mengapa.
7. Batang telinga sekalian nya - Akan berkelahi.
8. Batang sekalian hidung - Akan berkelahi.
9. Semua kepala - Beroleh kerja baik,beroleh sukacita.
10. Tundun (atas kemaluan)Dukacita/jika perempuan akan mendapat suami.
11. Bibir dari atas - Menyahut kata baik.
12. Bibir mata dari bawah - Akan menangis kerana belaku sesuatu yg menyedihkan.
13. Atas lutut - Akan bermusafir tetapi tak lama.
14. Jika semua bahagian bergerak - Akan melihat buruk dan baik atau kematian.
15. Rusuk Setubuh - Pusat Harta datang, mendapat banyak harta.
16. Tengah kepala - Beroleh kebajikan.
17. Dahi - Beroleh ilmu dan harta halal.
18. Tengkuk - Ramai org kaya kasih dan sayang akan dia.
19. Atas bahagian hidung - Bercium dgn isteri.
20. Bibir atas - Akan berkelahi dengan pasangan tetapi keluarganya kasih.
21. Bibir bawah - Akan berkelahi dengan pasangan tetapi keluarganya kasih.
22 Anak lidah - Huru-hara akan belaku.
23. Gigi - Akan menerima berita gembira.
24. Semua dagu - Beroleh kerja baik,kerja yang di hormati.
25. Semua leher - Lepas. menderita melalui segala. penyakit akan beroleh kebajikan.
26. Dubur - Akan mendapat laba, rezki halal.
27. Semua rusuk - Isterinya berbuat zina.
28. Pangkal rusuk sekeliling - Akan mendapat beristeri yang zina.
29. Sekalian tubuh Ajal hampir tiba.
30. Bahu kanan dan kiri - Beroleh perempuan.
31. Pusat kanan dan kiri - Akan duduk lama,orang akan datang kepada kita.
32. Tumit kiri dan kanan - Akan kehilangan barang atau harta.

Saya hanya sekadar berkongsi cerita ini untuk menceritakan kelebihan nenek moyang kita terdahulu yang mengambil berat setiap titik rasa berdenyut yang lama dalam seminggu di tubuh mereka, kerana orang yang berilmu sentiasa mengambil berat setiap apa yang belaku di sekeliling mereka.

Credit: Ust Md Rosdi Hasan

Comments