ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH.

Lama saya tak melihat dan membaca mesej dari orang ramai.
Bila saya membuka dan membacanya, apa yang saya perhatikan terlalu banyak masalah rumah tangga serta kasih sayang.

Jadi dalam minggu ini saya hanya ingin berkongsikan ilmu dan petua untuk masalah ini dan kepada mereka yang bermasalah dalam hal ini dan anda boleh pilih sendiri petua mana yang hendak anda amalkan sama ada yang mudah di amalkan atau sedikit sulit di amalkan.

Hari satu amalan yang akan saya ajarkan ialah amalan yang di amalkan oleh saya hingga hari ini dan amalannya adalah amat mudah.

Amalan ini telah diriwayatkan oleh Imam Sya'rani bahawa Rasulullah bersabda barang siapa yang membaca
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

100 x pada setiap hari dan setiap malam maka Allah akan membuka tujuh pintu rahmat serta sekalian makhluk akan memandang baik kepadanya sama ada lelaki atau pun perempuan, malah akan rasa kasih dan sayang pada pengamalnya.

Credit: Ust. Md Rosdi Hasan

Comments