KELEBIHAN BERSELAWAT

SELAWAT


Begitu banyak sekali kelebihan kepada umat Rasulullah, tapi mengapa begitu ramai yang tidak ambil kisah tentang kelebihan dalam berselawat kepada Rasulullah dan kelebihan itu begitu besar sekali fadhilatnya
1 - Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut.
2 - Dijauhkan dari rahmat Allah.
3 - Mendapat kehinaan yang memalukan.
4 - Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
5 - Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
6 - Mengalami kebingungan di hari kiamat.
7 - Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
8 - Menjadi ahli neraka.

Nabi Muhammad SAW. Bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku”.

Waktu Afdal Berselawat / Masa paling afdal dituntut berselawat
1 - Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
2 - Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3 - Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4 - Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5 - Di akhir qunut dalam solat.
6 - Di dalam solat jenazah.
7 - Di antara takbir solat hari raya.
8 - Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9 - Setiap waktu pagi dan petang.
10 - Hari Khamis malam Jumaat,
11 - Sepanjang hari Jumaat,
12 - Ketika telinga berdesing.
13 - Ketika terlupa sesuatu perkara.
14 - Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15 - Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
16 - Masa menghadiri tempat perhimpunan yang baik.
17 - Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18 - Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Fadhilat Berselawat
1 - Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
2 - Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
3 - Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
4 - Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
5 - Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
6 - Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
7 - Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
8 - Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
9 - Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
10 - Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
11 - Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
12 - enghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
13 - Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
1 - Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
2 - Menjadi zakat dan pembersih diri.
3 - Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
4 - Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
5 - Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
6 - Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
7 - Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
8 - Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Credit: Ust. Md Rosdi Hasan

Comments