KHASIAT AIR TANAH LIAT



TERPULANG HANG LE NAK KUMUR KE NAK MINUM KE.
TETAPI ORANG YANG NAK BUANG RAKSA PI MINUM.

Selepas menunaikan solat zohor saya menyandarkan tubuh saya pada dinding
masjid di Kuala Ketil sambil meramas-ramas betis saya yang terasa lenguh.
Tiba-tiba saya di sapa oleh seorang lelaki yang bertanya adakah saya yang di katakan Ustaz Rosdi. Dengan tersenyum saya menjawab saya bukan ustaz tapi nama saya memang Rosdi, sambil lelaki bersalaman dan ingin bergambar bersama saya katanya.

Selepas bergambar lelaki itu bertanya kepada saya setelah melihat pos saya berkenaan menyamak dengan meminum Air Tanah Liat sekiranya memakan daging babi, adakah dengan menyamak meminum air tanah liat atau selut liat kata orang utara, tidak berbahaya kepada peminumnya.

Saya menjawab kepadanya abang boleh hendak berkomor jika hendak dan tidak menjadi masalah kerana itu yang orang pelajari dari guru mereka. Bagi saya akan lebih kepada guru yang saya pelajari, kerana kupasan yang di ajarkan oleh guru saya lebih membuatkan was-was di hati dapat di buang dengan alasan yang kukuh dari guru yang saya pelajari.

Saya juga tidak mengatakan cara yang abang itu salah kerana sebelum saya belajar dalam bab ini, apa yang di fikiran saya adalah sama seperti abang.

Saya pun memberi contoh kepadanya, sekitarnya abang berkomor dengan teh ais dengan meminum teh ais yang manakah dapat menghilangkan dahaga? soalan saya kepadanya.

Lelaki itu menjawab meminum teh ais le dapat mehilangkan dahaga.Saya cuma berkata begitulah juga menyamak dengan meminum air dari tanah liat lebih mehilangkan was-was di hati sebab daging yang di makan itu telah masuk segenap darah yang ada dalam tubuh manusia.

Lelaki itu bertanya tidakkah ia akan menjadi bahaya kepada peminumnya.

Saya menjawab bukan kita minum air tanah liat yang kotor dan berbau busuk, kerana kita mengambil tanah liat dan membancuhnya dengan air yang bersih kemudian tunggu sehingga air tanah itu jernih baru boleh di minum itu pun airnya sahaja bukan minum bersama dengan tanah.

Saya memberi contoh kepadanya cuba abang tengok monyet bila ia termakan benda yang beracun pertama sekali apa yang akan dia buat ialah memakan tanah, kerana untuk menawarkan racun yang dimakan. Kalaulah sekiranya binatang dapat berfikir sebegitu hebatnya kelebihan tanah kenapa manusia tidak boleh berfikir sebegitu?

Saya pun mula bercerita kelebihan tanah liat kepadanya. Manusia ini merasa mereka sangat berilmu sehinggakan mengketawakan kelebihan meminum air dari tanah liat, sambil saya berkata mereka makan babi tak geli tapi minum air tanah liat geli pulak, tidakkah itu satu cerita pelik jadinya.

Saya mula membuka kelebihan yang ada pada liat dengan meminum air tanah liat juga boleh mengeluarkan racun dan logam berbahaya dari dalam tubuh dengan cara berendam dengan air yang telah tercampur tanah liat selama 30 menit terutama orang yang memakai RAKSA amalkan setiap hari In Sha Allah raksa akan keluar.

Adapun kegunaan kegunaan dalam kesehatan antara lain adalah sebagai berikut;

1. Menjaga kesehatan pencernaan.

2. Tanah liat yang bisa digunakan untuk mengobati diare ialah tanah liat yang mengandung mineral kaolin, yakni suatu masa batuan yang tersusun dari material lempung yang mempunyai kandungan besi rendah dan biasanya berwarna keputih-putihan.

3. Penelitian menunjukkan bahwa tanah liat bisa menyerap racun bakteri seperti parasit, acidosis, ion hydrogen, dan hormon steroid berlebihan dalam kehamilan.

4. Mengobati Osteoporosis.
- Tanah liat mengandung kalsium yang tinggi, yang bisa membantu para lansia dalam menjaga kesehatan tulang. Kalsium bisa menjaga kesehatan tulang sehingga jika dikonsumsi dengan benar oleh mereka yang masih muda bisa membantu dalam memenuhi kebutuhan kalsium agar tidak mudah terkena osteoporosis.

5. Anti Kanser
-Tanah liat medis memiliki sifat anti-karsinogenik, sehingga dapat membantu dalam mencegah munculnya sel kanker dalam tubuh. Tanah liat medis mampu membersihkan sel-sel kanser yang ada dalam tubuh manusia.

6. Memurnikan air
- Tanah liat bentonit boleh membantu dalam mengurangi racun yang ada pada makanan maupun lingkungan. Tanah liat yang dicampur dengan magnesium klorida boleh membersihkan fluoride pada air minum, sehingga menjadikannya aman untuk dikonsumsi. Tanah liat boleh digunakan untuk menyerap racun-racun seperti bakteri, zat logam berbahaya, dan sebagainya.

7. Penyembuhan luka
- Kandungan zink dan zat besi pada tanah liat boleh berfungsi dalam meringankan rasa sakit pada luka dan membantu dalam penyembuhannya serta menyamarkan bekas luka.

Selepas menceritakan kelebihan air dari tanah liat baru lelaki itu menceritakan orang ramai kawannya ketawa kepadanya bila beliau menceritakan apa yang saya tulis baru-baru ini.

Saya cuma berkata jangan pedulikan orang seperti mereka kerana bagi mereka tanah liat itu bahaya untuk dibuat minum airnya, bererti monyet di hutan lagi cerdik daripada mereka kerana walaupun tak bersekolah tapi tahu kelebihan tanah liat kata semangat yang saya berikan kepadanya sebelum saya beredar pergi.

Credit: Ustaz Md Rosdi Hasan

Comments