LUKA DALAMAN

HERBA UNTUK LUKA DALAMAN.

Seminggu yang lepas seorang sahabat saya mengalami kemalangan sehinggakan beliau mengalami muntah darah akibat hentakan yang kuat semasa kemalangan tersebut.
Beliau mengalami sakit di dada ketika bernafas kerana luka dalaman yang agak sirius, jadi isterinya telah menghubungi saya untuk mendapatkan perhikmatan dari saya untuk merawat kesan luka dalam yang di alaminya.

Memandangkan mereka tinggal jauh di Sabah saya tidak dapat pergi melawatnya, jadi saya memberikan sedikit petua untuk merawatnya mengikut kaedah orang-orang tua dahulu.

Caranya ambilkan Rumput Teki yang cukup banyak tumbuh di kawasan sawah padi, hendaklah mengambil di bahagian perdunya sebanyak dua puluh pokok kemudian rebus dengan secawan air dan bila air itu sudah mendidih tunggu sehingga sejuk lalu di campurkan dua camca madu lebah kemudian minum air rebusan itu.

Amalkan sehari dua kali Alhamdulillah selepas tiga hari sahabat mengamalkannya beliau tidak lagi mengalami muntah darah dan sakit dadanya semakin berkurangan.

Kepada mereka yang mengalami kemalangan yang luka di bahagian dalam boleh mencuba petua sebegini.

Credit: Ust. Rosdi Hasan

Comments