PETUA LEMAH SARAF ANGGOTA TUBUH BADAN

PETUA KALAU LEMAH SARAF DI ANGGOTA TUBUH BADAN SEHINGGAKAN LEBIK KAKI DAN TANGAN.

Penyakit semacam ini sememangnya rumit dan sukar untuk di rawat kerana saraf yang rosak tidak ada satu manusia yang dapat menghidupkan lagi kecuali Allah semata-mata.

Berbagai ubatan telah di cuba sama ada rawatan moden mahupun tradisional masih tidak berjaya merawat masalah saraf yang rosak, jadi hari ini saya ingin berkongsi satu petua yang tidak pernah di dengar oleh orang-orang zaman sekarang.

Kalau dahulu kala kita melihat kenapa orang-orang tua dahulu di waktu pagi mengambil air embun yang terdapat di sarang labah-labah yang terdapat di rumput halaman rumah mereka kemudian di gosokkan kepada kaki atau lutut mereka.

Sebenarnya mereka sedang merawat anggota kaki atau lutut mereka yang lemah atau lembik supaya menjadi kuat semua agar saraf yang rosak itu di pulihkan kembali.

Setiap kali air embun daripada sarang labah-labah di gosokkan pada tempat yang lemah anggota mereka akan membaca,
نَحْنُ خَلَقْنَاهُمْ وَشَدَدْنَا أَسْرَهُمْ ۖ وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَا أَمْثَالَهُمْ تَبْدِيلًا

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

Sebab itulah jikalau dilihat orang tua-tua dahulu mereka kuat pinggang dan kaki dan tangan mereka kerana mereka mengamalkan petua berikut.

Credit: Ust. Rosdi Hasan

Comments